Dunia

Ai Saya Raja Malaysia Rihanna Dedah Pertemuan Kali Pertamanya

Menurut Rihana, beliau bertemu bekas Yang di-Pertuan Agong pada musim bunga tahun 2017 yang lalu.

Umum sudah sedia maklum tentang perkhabaran bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sudah pun bernikah dengan bekas ratu cantik Moscow, Oksana Voevodina yang kini dikenali sebagai Rihana Petra

Perkhabaran ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya beberapa gambar serta video majlis perkahwinan mreka yang diadakan di Rusia pada tahun lalu.

Image from Instagram @rihanapetra

Bahkan, kedua pasangan ini juga dikatakan sudah menimang cahaya mata yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei yang lalu.

Meskipun begitu, sehingga kini, baik Istana Negara mahupun kerajaan negeri Kelantan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkhabaran ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan DailyMail.uk, Rihana dikatakan bertemu Sultan Muhammad V ketika mempromosikan jam tangan elit di Eropah

“Oksana (yang kini dikenali sebagai Rihana) bekerja pada paparan jam tangan dan dia berdiri berhampiran poster dan mengiklankan barang-barang itu,” kata Pengarah Peraduan kecantikan Tatiana Andreeva kepada Daily Mail.

“Oksana adalah model, dia banyak bekerja di luar negara, jadi pertemuan tahap seperti ini sudah diramalkan,” tambah Tatiana.

Baru-baru ini, Rihana sendiri, menerusi laman Instagram mencerita secara ringkas kenangan bertemu Sultan Muhammad V buat pertama kali

Menurut Rihana, beliau bertemu bekas Yang di-Pertuan Agong pada musim bunga tahun 2017 yang lalu.

Tambahnya lagi, semasa pertemuannya itu, Sultan Muhammad V secara berseloroh memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Rihana yang menyangkakan baginda sedang bergurau, turut sama memperkenalkan dirinya sebagai ratu di Moscow.

Namun begitu, Rihana tidak menceritakan sepenuhnya kisah beliau dengan baginda. Namun beliau berjanji akan ada kesinambungan kisah mereka berdua, barangkali dalam bentuk siri posting di laman Instagram.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kisah mereka selanjutnya. -beritasteady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *