Hiburan

Sendat-sendat nak ke mana tu Sarat 8 Bulan, Netizen Komen Baju Raya Izreen Azminda

Nama Izreen Azminda tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Seorang pelakon yang berbakat besar dalam bidang lakonan. Pelakon yang cukup bersahaja dalam membawa pelbagai watak dalam drama yang disiarkan di kaca televisyen.

Pelakon ini juga pernah menggemparkan dunia hiburan apabila berkahwin kali kedua bersama seorang lelaki yang dikenali dengan Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid.

Pasangan bahagia ini sedang menunggu cahaya mata hasil dari perkahwinan kedua mereka selepas Izreen dikurniakan seorang anak hasil dari perkahwinan pertamanya dan Ude juga sudah mempunyai anak hasil perkahwinan pertamanya.

Dikhabarkan Izreen sedang sarat mengandung 8 bulan ketika ini dilihat mengenakan baju berwarna navy blue sedondon dengan suaminya pada raya kali ini.

Pelakon itu dilihat memuat naik beberapa keping gambar raya yang mendapat perhatian netizen.

Netizen turut meninggalkan komen yang tidak menyenangkan apabila mereka berpendapat baju Izreen terlalu ketat.

Netizen berpendapat busana raya berwarna navy blue yang dikenakan oleh pelakon itu terlalu ketat dan tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Malah ada netizen berpendapat, busana raya pelakon itu menampakkan susuk tubuhnya yang hamil 8 bulan itu dan tidak sesuai untuk imejnya yang bertudung.

Selain itu, netizen juga masih tidak melupakan isu yang menggemparkan dunia hiburan apabila Izreen berkahwin dengan Ude.

Sebelum ini pelakon ini telah berkahwin dengan seorang pemuzik bebas. Mereka melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen yang berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor ketika itu telah bergelar isteri kepada Ude dengan sekali lafaz.

Pelakon Izreen merupakan pelakon yang diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu sah menjadi isteri pada jam 10 pagi.

Pelakon tinggi lampai itu dikatakan masih menerima komen dari netizen dan dilihat pelakon itu sudah tidak ambil kisah dan lali dengan netizen yang tidak dapat menerima perkahwinan mereka.

Melihat pelakon itu kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Ude, ada netizen yang meninggalkan komen yang positif dan beranggapan mungkin jodoh mereka telah ditakdirkan dengan cara begitu.

Semoga Izreen diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan melahirkan anak tidak lama lagi. Sumber: yoynetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *