Dunia

“Tengah Tahan Nk Muntah” Datuk Seri Siti Nurhaliza Tamatkan Kayuhan Bukit Peres, Tahniah

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering berkongsi minat dan hobinya terhadap sukan berbasikal buat para peminatnya di laman media sosi4l Instagram.

Siti atau sinonim dipanggil Tok Ti memaklumkan dia telah berjaya menawan Bukit Peres menerusi aktiviti berbasikal yang disertainya.

“Bila berjaya naik Bukit Peres setelah 1 bulan cuti kayuh , memang kejayaan terbaik secara peribadi.. Mana taknya, Team Kayuh CTDK semua dah menawan Bukit Peres ( Bukit yang paling popular untuk semua cyclist sbb mencabar), saya sorang je blom.

“Tapi bila kuatkan semangat , relax & nasihat trainer saya @faizsyarifuddin & #azrinaznam..impian saya jadi kenyataan.. Saya Berjaya juga!!! Tengokla gambar last tu…

“Tgh tahan nak muntah ijo lepas sampai puncak .. hahahahah.. (tapi tak jadi muntah sbb suami dah jampi.. hahahaha.. tipu ja!) #teamctdk#bahuluklasik#bukitperes#hululangat,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat memberi kata-kata ucapan tahniah atas kejayaan penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan itu.

Vdeo Player.

Bagus Tok Ti, sentiasa kuatkan semangat untuk capai sesuatu kejayaan dan akhirnya Tok Ti berjaya menawan Bukit Peres di Hulu Langat dengan berbasikal. Kagum betul dengan semangat ibu Aafiyah ni!

Artikel berkaitan ‘Dulu saya malu-malu juga nak jerit kuat, kata Tok Ti’Siti Nurhaliza ketika berkongsi kisah kejayaan di majlis berkenaan. PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui tidak pernah berasa malu untuk berkongsi kisah hidupnya yang mula menjual kuih seawal usia 10 tahun demi untuk membantu ekonomi keluarga.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu tampil berkongsi kisah kejayaan hidupnya di hadapan kira-kira 300 usahawan pada Program Dialog Bersama Usahawan Wanita Malaysia ‘Wanita Pemacu Ekonomi Negara’ di Hotel Premeira, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun. Menurutnya lagi, pengalaman berharga yang tidak boleh dibeli di mana-mana itulah yang meletakkan dirinya berada pada tahap sekarang.

“Seawal usia 10 tahun saya sudah dididik oleh ibu untuk menjual kuih di kawasan perumahan polis, kantin sekolah, pasar malam dan sebagainya.

“Mula-mula saya memang malu, jerit pun perlahan. Sebab saya seorang yang pemalu, namun lama-lama saya menjadi semakin berani dan ia merupakan pelajaran yang kita tidak boleh dapat di mana-mana,” katanya.

Menurut pelantun lagu Anta Permana itu lagi, meskipun masyarakat lebih mengenalinya dalam bidang nyanyian selama 23 tahun, namun hakikatnya bidang perniagaan juga telah lama diceburi dengan menubuhkan syarikat pengurusan sendiri pada tahun 1998.

“Selepas dua tahun bergelar penyanyi, saya membuat keputusan untuk membuka Siti Nurhaliza Productions bagi memudahkan pengurusan karier saya.

“Manakala pada tahun 2010 saya melebarkan lagi cabang perniagaan dengan memperkenalkan jenama kosmetik saya sendiri iaitu SimplySiti dan enam tahun selepas itu saya membuka butik pakaian Creacion by Siti Nurhaliza.

“Sepanjang tempoh itu, banyak cabaran yang saya perlu tempuh. Memang betul saya mempunyai kelebihan sebagai artis dan suami (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) juga seorang usahawan. Alhamdulillah, tetapi kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha dan ilmu,” katanya.

Tambahnya lagi, golongan wanita yang berhasrat untuk menjadi usahawan jangan sesekali malu dan perlu sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan.

“Saya berdiri di sini hari untuk berkongsi kisah dengan harapan wanita-wanita lain juga dapat mencapai kejayaan masing-masing nanti,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Arena Setempat / sinarharian / Instagram Siti Nurhaliza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *